Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menggelar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Optimus Prime' iaitu watak dalam filem aksi 'Transformers'.<br /><br />Gelaran itu digunakan Jho Low ketika bertukar-tukar pesanan ringkas Blackberry dengan bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu, ketika mengurus akaun bank semasa peribadi Najib.
